PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo membuat kenyataan berhubung penolakan yang semakin meningkat terhadap pasukan kebangsaan Israel menjelang Piala Dunia B-20 2023, yang mengancam status Indonesia sebagai tuan rumah. Beliau meminta semua pihak tidak mencampuradukkan sukan dan politik.
“Ini adalah satu penghormatan bagi rakyat Indonesia kerana kami telah diamanahkan untuk mengadakan Piala Dunia B-20. Menganjurkan acara sukan yang mempunyai peminat terbanyak di seluruh dunia.
“Apabila kami dilantik sebagai tuan rumah, kami tidak tahu siapa pasukan yang akan mengambil bahagian kerana mereka masih dalam proses pra kelayakan. Dan pastinya pasukan kebangsaan Israel akan melepasi pemilihan Piala Dunia B-20 hanya akan diketahui pada Julai 2022.
“Saya memberi jaminan bahawa penyertaan Israel tidak ada kena mengena dengan konsistensi, kedudukan dasar luar kita terhadap Palestin, kerana sokongan kita terhadap Palestin sentiasa teguh dan kuat.
BREAKING: Presiden Jokowi menjamin keikutsertaan Israel tak memengaruhi dukungan Indonesia pada Palestina.
Jokowi jg bilang ia sepakat dengan Dubes Palestina, bahwa FIFA punya peraturan yg harus ditaati anggotanya.
Jokowi menyampaikan hal tsb pada 28 Maret di Istana Merdeka. pic.twitter.com/RsTy8q90Oy
— PanditFootball.com (@panditfootball) March 28, 2023
“Dan dalam hal Piala Dunia B-20, kami bersetuju dengan Duta Besar Palestin ke Indonesia, bahawa Fifa mempunyai peraturan yang mesti dipatuhi oleh ahlinya. Jadi, jangan campur adukkan sukan dan politik.
“Pada masa ini, Fifa menyedari penolakan penyertaan pasukan kebangsaan Israel dalam Piala Dunia B-20. Tetapi kerajaan dan PSSI masih berusaha mencari penyelesaian terbaik,” kata Jokowi.
Indonesia telah dipilih menjadi tuan rumah Piala Dunia B-20 2023 pada 2019 untuk edisi 2021. Bagaimanapun, pandemik Covid-19 menyebabkan kejohanan itu dibatalkan ketika itu, namun status tuan rumah Indonesia tidak berakhir, sebaliknya hanya ditangguhkan kepada 2023.
ARTIKEL BERKAITAN : Piala Dunia B-20 : Fifa akan umum keputusan dalam masa terdekat
Polemik baru-baru ini timbul apabila Israel layak ke Piala Dunia B-20 dengan status finalis Piala Eropah B-19 yang berlangsung tahun lalu. Seperti yang diketahui, selain Indonesia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara tersebut, terdapat juga sentimen negatif terhadap Israel dalam hubungannya dengan Palestin.