MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menunjukkan bakat luar biasa sebagai pembaca berita apabila tampil bersahaja secara eksklusif dalam edisi sulung Stadium RTM di Berita Perdana, pada Sabtu malam.

Hannah yang anggun memakai blazer berwarna merah kelihatan tidak kekok dan tenang ketika membaca segmen sukan tempatan dan antarabangsa selama lebih empat minit.

Antara paparan bahan berita di baca Hannah Yeoh adalah penyertaan Malaysia di Sukan SEA dan proses penurapan di Litar Antarabangsa Sepang serta prestasi skuad bola sepak Harimau Malaya.

Beliau menunjukkan bakat membaca berita sukan itu khas sempena ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-77 selama dua hari, bermula semalam.

 

Di penghujung siaran, Hannah turut mengambil kesempatan mengucapkan ulang tahun ke-77 kepada RTM yang sinonim motto Teman Setia Anda.

Sebelum ini, beliau tampil membaca berita di Astro Arena dengan durasi 13 saat.

“Ini sememangnya impian saya sejak kecil lagi. Thank you @ASTROARENA bagi laluan saya baca berita 13 saat 😊,” menurut ciapannya di Twitter.