INDONESIA dikhabarkan akan diberi hak penganjuran baharu Piala Dunia Bawah 17 Tahun yang dijadualkan berlangsung pada 10 hingga 2 Disember ini.
Ia berikutan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) menarik balik hak menganjur kejohanan ini daripada Peru selepas perbincangan panjang bersama Persekutuan Bola Sepak Peru (FPF).
FIFA has regretfully withdrawn Peru’s hosting rights to the FIFA U-17 World Cup 2023™ following extensive discussions between FIFA and the Peruvian Football Federation (FPF).
ES: https://t.co/9IE6RTWNLa
EN: https://t.co/TioowCyNQZ— FIFA Media (@fifamedia) April 3, 2023
Penarikan itu dibuat memandangkan Peru tidak mampu memenuhi komitmennya untuk menyiapkan infrastruktur yang diperlukan untuk mengadakan kejohanan itu.
Walaupun hubungan kerja yang sangat positif antara Fifa dan FPF, namun kekangan masa untuk mendapatkan pelaburan yang diperlukan dan menyelesaikan kerja yang diperlukan bersama Kerajaan Peru sebelum tarikh kejohanan bermula.
Sebagai rekod, sebanyak 24 pasukan daripada enam konfederasi bakal menyertai kejohanan ini dan tidak termasuk Israel.