MESYUARAT permulaan menjelang pelaksanaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia ini telah berlangsung secara bengkel selama dua hari di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Ia dikendalikan oleh tiga instruktur VAR dari Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) iaitu Dirk Schlemmer, Michael Bailey dan Bhaveshan Moorghen.
“Para peserta bengkel terdiri daripada kakitangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) yang menganggotai pasukan projek VAR Liga Malaysia ini telah diberikan penerangan secara terperinci mengenai aspek-aspek yang terkandung dalam Implementation Assistance & Approval Programme (IAAP) bagi pelaksanaan teknologi VAR ini,” menurut kenyataan Facebook FAM pada Selasa.
Majlis perasmian bengkel ini telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, semalam manakala majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman.
ARTIKEL BERKAITAN : Hamidin, Pierluigi Collina duduk bincang perkasa video bantuan pengadil