KUCHING City FC yang turun beraksi kali pertama untuk saingan Liga Premier terus meraih kemenangan sulung musim ini apabila mengejutkan pasukan pilihan, Kelantan FC 2-1 di Stadium Negeri, Isnin malam.
Ini adalah kekalahan pertama dialami Kelantan yang sebelumnya bergaya dengan rentetan tiga kemenangan awal kempen.
Abu Kamara membuka tirai jaringan minit ke-25 namun segera disamakan kedudukan oleh Yusri Yuhasmadi lapan minit kemudian.
Shafizi Iqmal memastikan tiga mata milik pasukan tuan rumah dengan gol m-67.
Sementara itu, perlawanan membabitkan Skuad Projek FAM-MSN menentang Kelantan United FC akan berlangsung di ibu kota, Cheras pada esok malam.