BINTANG Bayern Munich dari Maghribi, Noussair Mazraoui, mempersoalkan serangan Israel yang berlaku di Masjid Al Aqsa.
Dalam instastorynya, Mazraoui memuat naik video viral yang menunjukkan polis Israel melakukan kekerasan terhadap jemaah di Masjid Al Aqsa, Jerusalem, pada Rabu.
“Polis Israel menyerang jemaah di Masjid Al Aqsa,” tulis Mazraoui di Instagram.
“Kenapa?” sambung Mazraoui, yang merupakan salah seorang bintang Maghribi di Piala Dunia 2022.
Polis Israel menyerang kompleks masjid Al Aqsa, timur Baitulmaqdis, ketika umat Islam sedang bersolat pada Rabu subuh waktu setempat. Insiden itu bermula selepas tentera Israel memburu beberapa orang yang dianggap sebagai penghasut yang berlindung di dalam bangunan itu.
Polis Israel mendakwa telah melakukan pelbagai percubaan untuk berdialog untuk mengeluarkan mereka. Tetapi usaha mereka gagal. Insiden pada bulan Ramadan yang mulia itu mendorong negara-negara Liga Arab mengadakan mesyuarat tergempar.
Mazraoui ialah bekas Ajax Amsterdam yang direkrut oleh Bayern Munich musim lalu. Pemain yang bermain sebagai fullback menyinar pada Piala Dunia 2022 bersama Maghribi.
Beraksi dalam lima perlawanan, Mazraoui mengetuai pasukan kebangsaan Maghribi layak ke separuh akhir sebelum ditewaskan Perancis pada separuh akhir dan tewas kepada Croatia dalam perebutan tempat ketiga.