HASHMIN Musah telah menerima pengurangan penggantungan dari dua tahun ke enam bulan selepas sengaja menjaringkan dua gol sendiri ketika perlawanan Liga Perdana Ghana antara Inter Allies dan Ashanti Gold tahun lalu.
Pemain pertahanan itu yang bermain untuk Inter Allies ketika itu, masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan dua gol sendiri ketika perlawanan berbaki 12 minit yang menyaksikan Ashanti Gold menang dengan keputusan 7-0.
Gol-gol itu sangat gila dan telah tular di media sosial dan Musah mengaku dia sengaja melakukan sedemikian kerana ingin menggalakkan percubaan skandal menjual perlawanan.
“Selepas perlawanan, pasukan teknikal saya telah menghentam saya kerana merosakkan taruhan yang telah mereka letakkan. Saya berjanji kepada jurulatih jika benarkan saya bermain, saya akan rosakkan taruhan itu. Selepas tamat perlawanan, pasukan saya mengucapkan tahniah kepada saya.
“Saya terdengar di hotel penginapan bahawa pertaruhan telah dilakukan keatas kelab saya untuk tewas 5-1 dan saya tetapkan untuk merosakkannya kerana saya tidak membenarkan pertaruhan dalam perlawanan,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama, beberapa pemain yang turut terlibat dalam mengatur perlawanan turut digantung manakala Inter Allies telah diturunkan ke Liga Divisyen 2 dan didenda kerana mengatur perlawanan.