MUHAMMAD Azeem Fahmi bantu kuartet 4×100 meter (m) Universiti Auburn meraih pingat emas pada aksi luar dewan di Kejohanan Jemputan Alumni Cameron Burrell yang berlangsung di Houston, Texas, Amerika Syarikat (AS) semalam.
Ironinya, hanya Favour Ashe pelari senior kuartet 4x100m Universtityi Auburn, manakala Myers, Sexton dan Azeem, ketiga-tiganya penuntut yang baharu direkrut ke universiti terbabit, awal tahun ini.
🥇 M 4x100m relay | ⏱️ 40.60
➡️ Ian Myers, Favour Ashe, Charlie Sexton, Azeem Fahmi#WarEagle pic.twitter.com/57BvPScJPN
— Auburn Track & Field (@AuburnTFXC) April 7, 2023
Begitupun, mereka mampu mencatat masa 40.60 saat (s), mengatasi kuartet Houston Christian di tempat kedua dengan perbezaan 3.05s, manakala St Thomas Texas ketiga (43.90s).
Menariknya, pada perlumbaan itu, Azeem diletakkan selaku pelari terakhir meninggalkan pelumba lain jauh di belakang.
Pada aksi membabitkan tiga kuartet itu, pasukan Azeem, Universiti Auburn meletakkan Myers sebagai pelari pertama diikuti Ashe kedua dan Sexton ketiga, mendahului sebaik dilepaskan.