ANDREW Robertson disiku pembantu pengadil semasa protes ketika perlawanan Liverpool menentang Arsenal yang berakhir seri 2-2 di Anfield awal pagi Isnin. Lembaga Pengadil Liga Perdana Inggeris (PGMOL) akan segera menjalankan siasatan berhubung perkara ini.
The Gunners mendahului dua gol menerusi Gabriel Martinelli (minit ke-8) dan Gabriel Jesus (28′). Tuan rumah mengurangkan jurang menerusi Mohamed Salah (42′). Roberto Firmino kemudian menyelamatkan maruah Liverpool daripada kekalahan hasil jaringannya tiga minit sebelum perlawanan tamat.
Pertembungan ini diwarnai oleh insiden pada separuh masa. Beberapa pemain Liverpool cuba membuat bantahan kepada pengadil apabila ketinggalan 1-2.
Salah seorang yang membantah ialah Andrew Robertson. Robertson mendekati penjaga garisan, Constantine Hatzidakis.
ICYMI: This is what transpired at the half time whistle. Andy Robertson was seemingly elbowed by the linesman but was then shown a yellow card
The drama keeps on going in this game!#AstroEPL #LIVARS pic.twitter.com/nnGKNwZICO
— Stadium Astro 🇲🇾 (@stadiumastro) April 9, 2023
Ketika Robertson memprotes, Hatzidakis telah dikesan kamera melambai-lambaikan tangannya di muka pemain pertahanan Scotland itu. Hatzidakis segera dikepung oleh pemain Liverpool selepas insiden Hatzidakis menyiku Robertson.
Robertson kelihatan berang dengan tindakan Hatzidakis. Seorang lagi pemain Liverpool cuba menenangkan Robertson supaya tiada lagi kekecohan. Pertarungan pada separuh masa kedua terus rancak dengan Hatzidakis masih bertugas di tepi padang.
“PGMOL menyedari insiden yang melibatkan penolong pengadil Constantine Hatzidakis dan pertahanan Liverpool Andrew Robertson pada separuh masa semasa perlawanan Liverpool bertemu Arsenal di Anfield.
“Kami akan mengkaji semula perkara ini sepenuhnya selepas perlawanan tamat,” menurut kenyataan PGMOL.