PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mencadangkan nama Datuk Lee Chong Wei sebagai pengurus bagi pasukan badminton Road to Gold (RTG) untuk sebagai pengurus pasukan Road to Gold (RTG) bagi sukan badminton.
Menurut BAM, Chong Wei seorang legenda dan pemain terhebat dunia, menjadikannya ikon paling sesuai menjadi pengurus RTG bagi sukan badminton, di samping memiliki pengalaman luas dan banyak pengetahuan dari zaman bergelar pemain, selain cukup dihormati.
Sementara itu, Presiden BAM Tan Sri Mohd Norza Zakaria dipetik sebagai berkata: “Tiada orang yang lebih baik untuk menjadi pengurus pasukan kerana kami berusaha untuk mencapai impian emas di Paris.”
Chong Wei, 41, memenangi tiga pingat perak di tiga temasya Olimpik berbeza iaitu Olimpik Beijing, London dan Rio, menyatakan kesediaannya membimbing prospek pingat emas di Paris.
“Walaupun sudah sebahagian daripada Jawatankuasa RTG, namun pelantikan sebagai pengurus pasukan badminton RTM ini meningkatkan lagi tumpuan kepada badminton dan peranan yang lebih dekat dari segi membantu persiapan pemain,” kata Chong Wei dalam kenyataan media BAM itu.