SADIO Mane telah digantung oleh Bayern Munich kerana bergaduh dengan rakan sepasukan, Leroy Sane selepas perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Etihad yang menyaksikan Bayern tewas 0-3 kepada Manchester City.
Bayern mengumumkan bahawa Mane tidak akan berada di dalam skuad menentang Hoffenheim dan penyerang antarabangsa Senegal itu turut akan didenda.
Mane dilaporkan menumbuk Leroy Sane di muka selepas perlawanan berakhir. Kedua-dua pemain itu dilihat bertelagah di atas padang tetapi selepas wisel penamat ditiup Mane mengadu bahawa bagaimana Sane bercakap dengannya di dalam padang dan dia menyerang Sane dengan memukulnya di muka.
Sadio Mané will not be part of the matchday squad against TSG Hoffenheim this weekend.
— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) April 13, 2023
Atas sebab insiden itu, Mane telah diasingkan daripada rakan-rakan sepasukan dan tidak dibenarkan berada dalam bilik persalinan untuk memastikan dirinya tenang terlebih dahulu dan memastikan suasana kembali terkawal.
Kedua-dua pemain telah meminta maaf kepada pasukan namun ianya tidak membantu memulihkan Bayern yang telah ketinggalan 3-0 kepada City menjelang aksi timbal balik yang berlangsung minggu hadapan.