FOTO : IG MALAYSIA.ROYALFAMILY

TENGKU Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah berkenan menjadi Penaung Kelab Bolasepak Kelana United.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Presiden kelab, Datuk Rosal Azimin Ahmad menerusi Facebook pada Khamis.

“Kelab Bolasepak Kelana United sentiasa komited dalam mempromosikan bola sepak di Selangor dan Malaysia, telah melantik Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah sebagai penaung Kelab Bolasepak Kelana United atas perkenan dari beliau.

“Ini merupakan satu langkah yang signifikan untuk kelab dan peminat Kelana United. Ianya jelas menunjukkan cita-cita kelab untuk melahirkan bakat-bakat muda bersaing di peringkat tertinggi bola sepak Malaysia

“Dalam peranannya sebagai penaung, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah akan memberikan bimbingan dan sokongan kepada pengurusan dan pemain kelab. Dia juga akan membantu mempromosikan aktiviti dan acara kelab, dan menggalakkan lebih ramai orang untuk meminati bola sepak,” menurut kenyataan itu.

Kelab Bola Sepak Kelana United telah ditubuhkan pada tahun 2019 dan sejak itu telah berkembang menjadi salah satu kelab bola sepak yang di kenali di Malaysia.

Komitmennya untuk memajukan bola sepak di Malaysia tidak berbelah bahagi, dan pelantikan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah sebagai penaung kelab itu jelas menunjukkan kesungguhan pengurusan untuk meneruskan memajukan Kelab Bolasepak Kelana United.

Sementara itu, Tengku Shariffuddin Shah bertekad meletakkan kelab Kelana United pada tahap tertinggi dan memeriahkan bola sepak wanita di Selangor