SKUAD Harimau Malaya B-17 kendalian Osmera Omaro turun beraksi dalam perlawanan persahabatan ketiga di Doha, Qatar bertemu Al Ghrafa B-18 di Padang Latihan Al Ghrafa, dengan mencatat kemenangan 4-1.
Gol-gol dijaringkan oleh Nabil Fitri Mustaffa pada minit ke-11 dan ke-61, Hakim Hassan minit ke-80 dan sepakan penalti Adib Ibrahim Adnan minit ke-89.
“Terima kasih diucapkan kepada Duta Besar Malaysia ke Qatar, TYT Zamshari Shaharan serta kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Doha, Qatar dan juga rakyat Malaysia bermastautin di Qatar yang turut hadir bagi memberi sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya B-17,” menurut kenyataan Facebook FAM.
ARTIKEL BERKAITAN : Piala Asia B-17: Malaysia di undi kumpulan A bersama Thailand, Laos dan Yaman
Anak buah Osmera akan turun beraksi dalam perlawanan persahabatan seterusnya bertemu Al Markhiya SC B-17 di Pusat Latihan Universiti Qatar pada Isnin.
Skuad Harimau Malaya B-17 kini dalam kem latihan pusat sebagai persiapan menjelang Piala Asia B-17 2023 di Bangkok, Thailand, Jun ini.