SELANGOR FC berjaya mengekalkan momentum terbaik dengan kemenangan keempat berturut-turut kali ini dengan menewaskan Sri Pahang FC dalam aksi Piala FA 2023 di Stadium MBPJ Kelana Jaya.
Gergasi Merah mempamerkan aksi yang mantap untuk menghukum kerapuhan benteng pertahanan Sri Pahang dengan keputusan 4-0 sekaligus layak ke pusingan suku akhir.
Tan Cheng Hoe menurunkan kesebelasan terbaik dengan kali ini Mukhairi Ajmal diberikan peluang untuk memulakan perlawanan dengan Selangor lebih banyak mengasak sejak wisel permulaan dibunyikan.
PIALA FA 2023
FT: Selangor FC 4-0 Sri Pahang FC
⚽ Mukhairi Ajmal 41',58', Faisal Halim 67', Brendan Gan 72'
*Selangor FC layak ke peringkat suku akhir #PialaFA2023#MKLK#HogohPahangHogoh pic.twitter.com/hNQQejsORJ
— Flash Sukan (@FlashSukan) April 15, 2023
Mukhairi membalas kepercayaan Cheng Hoe dengan dua jaringan menarik pada setiap babak selain Faisal Halim dan kapten pasukan, Brendan Gan menambah gol buat Selangor untuk menyingkirkan Sri Pahang dari Piala FA.
Anak-anak buah Fandi Ahmad dilihat seakan hilang punca pada keseluruhan permainan dan terpaksa menelan realiti kekalahan pertama musim ini dan tersingkir dari saingan yang memberikan tiket ke kejohanan Piala AFC.
Bukan sahaja tewas dan tersingkir, Sri Pahang langsung tidak mengancam kubu Selangor dengan pelbagai kesilapan individu yang perlu diubah oleh Fandi Ahmad jika mahu terus menjadi pencabar menjelang aksi Liga Super yang bakal bersambung selepas ini.
Kedudukan 4-0 kekal hingga tamat sasemenangan itu menyaksikan Selangor bakal bertemu Negeri Sembilan pada peringkat suku akhir Piala FA dan semakin menghampiri laluan ke Asia seperti yang didambakan para penyokong setia Merah Kuning.