ARGENTINA menggantikan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 tahun bulan depan.
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mengumumkan keputusan itu pada Isnin, hanya lebih dua minggu selepas Indonesia dilucutkan hak penganjur.
Protes di Indonesia yang majoriti rakyatnya adalah Islam menentang penyertaan pasukan Israel memaksa hos kejohanan dialihkan.
Fifa pula tidak pernah menyatakan sebabnya, hanya mengatakan Indonesia ‘ditarik’ dalam kejohanan itu disebabkan keadaan semasa. Indonesia tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi dengan Israel.
Argentina, juara rekod enam kali, gagal melayakkan diri ke Piala Dunia B-20 tetapi Fifa memutuskan ia akan mengambil tempat Indonesia sebagai tuan rumah.
The Bureau of the FIFA Council has confirmed Argentina as the host of the FIFA U-20 World Cup 2023™.
More⬇️https://t.co/9Ewk0b8cUL
— FIFA Media (@fifamedia) April 17, 2023
Presiden Fifa, Gianni Infantino berkata dalam satu kenyataan bahawa negara juara bertahan Piala Dunia akan membuka pintunya kepada bintang besar bola sepak dunia.
Beliau juga berterima kasih kepada pihak berkuasa tempatan kerana menganjurkan kejohanan hebat ini dengan masa yang begitu singkat.
Menteri ekonomi Argentina, Sergio Massa berkata telah menandatangani semua perjanjian antarabangsa yang dituntut Fifa daripada pihak kerajaan.
Undian dijadualkan diadakan pada hari Jumaat di Zurich dan kejohanan ini bermula dari 20 Mei hingga 11 Jun 2023.