KEJOHANAN Badminton Asia (BAC) di Dubai membuka tirai saingan pada Selasa, bakal menjadi medan pemanas badan buat pemain sebelum memulakan kempen memburu mata kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024, yang akan bermula pada saingan Piala Sudirman dan Perodua Malaysia Masters bulan depan.

Dalam acara perseorangan lelaki, negara menyandarkan harapan ke atas dua tonggak iaitu Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong, yang berada dalam undian berbeza, namun mereka bakal berdepan dengan dua lawan dari Hong Kong.

Kejohanan Badminton Asia (BAC) yang akan membuka tirai 25 hingga 30 April menjadi medan terbaik Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memperkenal diri sebagai pencabar apabila kelayakan Olimpik Paris bermula, bulan depan.

Tze Yong  yang kini menghuni tangga ke-25 dunia diundi menentang Lee Cheuk Yiu (20) dijangka tidak berdepan masalah lawannya itu berdasarkan satu-satunya rekod pertemuan di Terbuka Singapura tahun lalu, yang dimenangi pemain negara, 21-15, 21-13.

Namun ujian berliku di pusingan kedua apabila lawan besar, pilihan pertama Jonatan Christie dari Indonesia atau Shi Yu Qi dari China bakal menantinya.

Ng Tze Yong menewaskan Viktor Axelsen di Kejohanan Seluruh England 2023 namun dibelenggu kecederaan dan diharap mampu bangkit di Kejohanan Badminton Asia.

Jonatan Christie yang menghuni tangga ketiga dunia, memiliki kelebihan 2-0 ke atas Tze Yong, manakala Tze Yong belum pernah bertemu Shi Yu Qi yang menghuni ranking ke-10 dunia itu.

Jika Tze yong lolos, pemain Singapura Loh Kean Yew yang ditewaskannya di Sukan Komanwel atau wakil India, Lakshya Sen bakal menjadi lawan di suku akhir.

Berbeza dengan Zii Jia, pemain nombor empat dunia itu berdepan lawan liat Angus Ng Ka Long yang memiliki kelebihan rekod pertemuan 2-1 memihak pemain Hong Kong itu.

Pada pertemuan terakhir di Indonesia Master Januari lalu, Angus menang 16-21, 22-20, 21-13 dan jika melepasi ujian itu, Zii Jia bakal berdepan pemian Jepun Kanta Tsuneyama dari Jepun.

Meskipun diletak sebagai pilihan kedua di Kejohanan Badminton Asia, undian buat Aaron Chia-Soh Wooi Yik tetap berliku dan hanya prestasi terbaik mereka mampu mengatasi segala cabran yang hadir.

Dalam beregu lelaki, empat wakil menggalas cabaran negara diketuai Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

Daripada keempat-empat wakil negara, juara dunia Aaron-Wooi Yik yang diletak selaku pilihan kedua kejohanan, mempunyai laluan berliku seawal pusingan pertama.

Perjalanan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi jagak mnudah apabila dijadual bertemu Mr Arjun-Dhruv Kapila dari India pada pusingan pertama,

Gandingan utama negara itu bakal berdepan wakil Indonesia, Leo Rolly Carnando-Danuel Marthin.

Meskipun mempunyai rekod pertemuan baik 4-1, namun pertemuan terakhir di Seluruh England Mac lalu menyaksikan gandingan engara tewas 18-21, 21-14, 13-21.

Sementara itu, Yew Sin-Ee Yi akan berdepan MR Arjun-Dhruv Kapila dari India, Wei Chong-Kai Wun berdepan gandingan Thailand Charoenkitamorn Chaloempon-Yordphaisong Nanthakarn dan Kian Meng-Wee Kiong menghadapi pasangan meningkat naik India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.