NAMPAKNYA, petinju profesional negara, Adli Hafidz Mohd Pauzi tidak jadi bersara dalam arena ini apabila merekodkan kemenangan ke-12 dalam pentas Super Tinju Profesional KBK 52 di Singapura.

Dia yang diberi julukan ‘Golden Boy’ mencatat rekod 12-1-0 selepas menumbangkan Bambang Rusiadi dari Indonesia menerusi TKO pada Sabtu.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah atas kemenangan ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu, ayah, isteri dan keluarga yang banyak memberi sokongan moral jatuh bangun dalam perjuangan ini.

“Terima kasih kepada mentor saya Farkhan Haron banyak memberi tips dan nasihat. Tidak dilupakan juga buat penaja dan juga seluruh rakyat Malaysia yang telah mendoakan kejayaan saya.

”Dengan kejayaan ini saya akan meneruskan perjalanan karier saya sehingga ke peringkat seterusnya #LawanTetapLawan #DoOrDie ,” katanya.

 

ARTIKEL BERKAITAN : Adli Hafidz bermula positif tahun 2023 tumbangkan petinju Thailand Nakhon Muensa