JUARA bertahan, Vietnam dan finalis tahun lepas, Thailand masing-masing memenangi perlawanan pertama bola sepak lelaki Sukan SEA 2023 dalam Kumpulan B, pada Ahad.

Thailand berjaya meraih kemenangan dalam perlawanan sulung Kumpulan B dalam pertandingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2023. Thailand menang 3-1 ke atas Singapura di Stadium Visakha, Phnom Penh.

Thailand membuka tirai pada minit kelapan menerusi tandukan Teerasak Poeiphimai. Pada minit ke-39 Thailand menambah kedudukan 2-1 menerusi jaringan Achtpol Keereerom.

Singapura telah meminimumkan ketinggalan 1-2 menerusi jaringan Nicky Melvin pada minit ke-42. Kemudian Thailand memastikan kemenangan 3-1 menerusi jaringan Purachet Thodsanid pada minit ke-50.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, Vietnam tiada masalah menewaskan Laos dengan jaringan 2-0. Kemenangan ini menjadikan Vietnam di tempat kedua dalam kedudukan Kumpulan B dengan kutipan tiga mata daripada satu perlawanan.

Vietnam tewas kepada Thailand menerusi perbezaan gol, yang berada di tangga teratas Kumpulan B dengan tiga mata.

Pasukan negara pula dijadual memulakan aksi bertemu Laos pada Rabu dan perlawanan itu seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin dengan meraih kemenangan.

Manakala dalam Kumpulan A kedudukan teratas diduduki oleh tuan rumah Kemboja dengan kutipan tiga mata yang berjaya menang 4-0 ke atas Timor Leste.

Manakala Indonesia berada di tempat kedua dalam kedudukan Kumpulan A dengan tiga mata.

Kedudukan Sukan SEA 2023:

Kumpulan A (Mata)
1. Kemboja 3
2. Indonesia 3
3. Myanmar 0
4. Filipina 0
5. Timor Leste 0

Kumpulan B (Mata)
1. Thailand 3
2. Vietnam 3
3. Malaysia 0
4. Singapura 0
5. Laos 0