WALAUPUN mencatatkan kemenangan besar ke atas Laos aksi pembukaan Kumpulan B Sukan SEA 2023 ianya tidak menjadikan E Elavarasan selesa terlebih awal.

Apa tidaknya, cabaran sebenar Harimau Malaya B-22 baru sahaja bermula untuk berhadapan juara terbanyak, Thailand dan johan edisi lepas, Vietnam dalam tempoh lima hari.

“Moral psikologi sebelum melawan Thailand dengan keputusan ini (5 gol) bukanlah besar.

“Kalah lawan Thai apa guna lima gol melainkan seri..tapi peluang masih terbuka kepada mana-mana pasukan.

“Saya tak cakap kita dalam kumpulan maut. Dalam bola sepak ada keupayaan untuk pergi lebih baik. Ada prosesnya anda tak boleh kata anda boleh menjadi juara,” katanya selepas perlawanan di Stadium Prince, Phnom Penh.

Malaysia B-22 tampil impresif kempen kali ini apabila tidak berdepan masalah menumpaskan Laos 5-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan B.

“Sekarang ini kami fokus perlawanan seterusnya dan kita akan tahu apa boleh dijangka. Sasaran khusus kami tetap seperti pasukan yang lain iaitu mahu mara ke separuh akhir,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN : Langkah kanan Harimau Malaya B-22, tampil garang belasah Laos