PERENANG negara tiada masalah melepasi peringkat saringan acara renang Sukan SEA Kemboja yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Morodok Techo, dekat sini, pada Sabtu.
Arvin Shaun Singh Chahal berjaya mengungguli peringkat saringan acara 200 meter rampaian individu lelaki dan mencatat 2 minit 5.33 saat. Turut layak rakan sepasukan, Tan Khai Xin (2.07.48s).
Turut layak, Khiew Hoe Yean, Lim Yin Chuen yang beraksi dalam acara 100m gaya bebas dengan Chiew mencatatkan 50.73s sementara Yin Chuen (51.04).
Sementara itu, kecemerlangan kem negara diteruskan dalam kategori wanita negara acara 50m kuak dada, Phee Jinq En, Tan Rouxin yang turut layak ke final.
Hanya Hii Puong Wei dan Terence NG Shin gagal di peringkat kelayakan 100m kuak lentang lelaki.
Acara akhir dijadualkan berlangsung petang ini dan kilauan emas bakal dapat disaksikan peminat di tanah air petang ini.
Selain olahraga, acara renang sememangnya menawarkan pingat yang paling banyak berbanding sukan lain dalam mana-mana temasya sukan.