SKUAD Sepak takraw (chinlone) gagal memasuki peringkat akhir apabila berada berada di kedudukan keempat Sukan SEA 2023 di Baskeball Hall NSTC, Phnom Penh, pada Sabtu.
Malaysia akur apabila sekadar meraih pungutan 249 mata keseluruhan dalam dua pusingan dan akan membuat perhitungan bersama Laos untuk buruan pingat gangsa acara Non-Repetition.
Emas pula menjadi rebutan pasukan tuan rumah, Kemboja dan Thailand.
Turut hadir menyaksikan dan memberikan semangat adalah Timbalan Chef de Misson, Datuk Shalin Zulkfili Sharon Wee.
Acara chinlone adalah sukan tradisi di Myanmar dan ianya memerlukan kemahiran pemain untuk menimbang bola takraw mengikut disiplin berdasarkan kategori.