SKUAD karate, menyumbang dua pingat pagi tadi, menerusi acara kata individu lelaki dan berpasukan Wanita.
Pingat perak disumbangkan Muhammad Aiqal Asmadie, apabila tewas tipis kepada peserta Indonesia, Zigi Zaresta Yuda Ahmad dengan perbezaan 0.2 mata.
Dalam aksi yang ditonton Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh itu, Zigi pertama mempamerkan aksi final, meraih 38.6 mata, sebelum Aiqal tampil dengan persembahan bergaya, meraih 38.4 mata, sekali gus membuatkan penantian pingat emas pertama buat kontinjen negara berterusan.
Biarpun sekadar pingat perak, Muhammad Aiqal tetap berbangga kerana berjaya membaiki pencapaian di Hanoi Ketika dia sekadar meraing gangsa.
“Saya berpuas hati kerana sudah lama menjalani latihan untuk Sukan Sea ini, dari tahun lepas lagi saya sudah bersedia.
“Memang tak sangka ke final, tapi saya jangkakan mampu memberi aksi terbaik,” katanya.
Sementara itu, pasukan Kata Wanita yang dibarisi Sherawinnie Anak Yampil, Nelly Evvaferra Rojin dan Anne Robberth menewaskan Filipina, sekali gus meraih pingat gangsa.