KERJA keras atlet yang tidak disasarkan tetapi berjaya menyumbang pingat, mendapat pujian Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, yang menganggap satu semangat sepasukan luar biasa.
Kejayaan S.Prem Kumar merangkul pingat emas kedua, sejurus selepas C.Shahmalarani menjadi penyumbang pertama kontinjen negara, cukup menggembirakan Hannah, terutamanya selepas beliau menunggu begitu lama di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, di sini.
“Rasa bangga sangat apabila ramai atlet kita yang tidak disasarkan pingat, boleh menang. Saya mahu atlet kita terus berkerja keras dalam masa akan datang dan rakyat Malaysia terus memberi sokongan dan mengikuti perkembangannya,” kata Hannah.
Pada Jumaat, Temasya Sukan SEA Kemboja secara rasminya dibuka dan dua pingat emas disasarkan hari ini daripada Shahmalarani serta atlet Jujitsu, Adam, namun Adam sekadar meraih gangsa.
Selain Prem, beberapa atlet termasuk Kata dan obstacle race turut melakukan kejutan meraih pingat hari ini.
Dalam pada itu, ketua kontinjen mengharapkan karate menyumbang beberapa lagi pingat emas, biarpun hanya menyasarkan tiga pingat sebelum ini.