MANCHESTER City berjaya muncul juara Liga Perdana Inggeris musim 2021/2022 selepas menewaskan Aston Villa 3-2 walaupun pesaing terdekat Liverpool turut mencatat kemenangan 3-1 ke atas Wolverhampton Wanderers.

Tiga gol dalam enam minit pada babak kedua sudah cukup untuk menobatkan City sebagai juara dengan 93 mata manakala Liverpool terpaksa berpuas hati di tangga kedua dengan 92 mata pada aksi terakhir liga dengan kesemua 10 perlawanan dilangsungkan serentak.

Sementara itu dalam aksi mengelak relegasi, Leeds United berjaya kekal dalam Liga Perdana Inggeris musim hadapan selepas menewaskan Brentford 2-1 sekaligus menyaksikan Burnley tersingkir ke Liga Kejuaraan selepas tewas 1-2 kepada Newcastle United.

Chelsea yang menewaskan Watford 2-1 berjaya menamatkan musim di tempat ketiga manakala slot terakhir ke Liga Juara-Juara UEFA menjadi milik kelab utara London, Tottenham Hotspur yang membelasah Norwich City 5-0.

Tiket ke Liga Europa pula menjadi milik Arsenal dan Manchester United sementara West Ham United akan bertanding di Liga Conference Eropah selepas menduduki tangga ketujuh liga.

Aksi musim 2021/2022 yang mendebarkan ini perlu menunggu hingga ke perlawanan terakhir untuk menentukan pemenang dan akhirnya Manchester City muncul pemenang.

Keputusan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung Ahad malam: 

Liverpool 3-1 Wolverhampton
Manchester City 3-2 Aston Villa
Arsenal 5-1 Everton
Brentford 1-1 Leeds United
Brighton 3-1 West Ham United
Burnley 1-2 Newcastle United
Chelsea 2-1 Watford
Crystal Palace 1-0 Manchester United
Leicester City 4-1 Southampton
Norwich 0-5 Tottenham Hotspur