HARI yang baik di untuk sukan layar dekat barat daya Preah Sihanouk, Kemboja apabila dua pingat emas menjadi milik kontinjen negara pada temasya Sukan SEA 2023 di sini.
Pelayar negara, Muhammad Hafizin Mansor yang beraksi dalam acara Windsurfing RSX mengemudi botnya begitu baik dan mendahului di ranking pertama sehinggalah tamat 13 perlumbaan.
Kecemerlangan kem Malaysia diteruskan rakan sepasukan, Izry Hafiezy Fitry yang tenang mengawal arah angin untuk sama ‘memukat’ emas dalam acara Windsurfing RS ONE.
Sementara itu, tiga pingat gangsa berjaya diraih oleh Nur Adlina (ILCA 6), Muhammad Asnawi Iqbal (ILCA 4) dan Muhammad Faizal Asri (ILCA 7).
Satu gangsa turut dicapai oleh gandingan Muhammad Dhiauddin/Abdul Latif dalam acara 29er.
Sukan pelayaran tidak dipertandingkan di Sukan SEA Ke-31 di Vietnam pada tahun 2021. Untuk rekod, atlet pelayaran Malaysia muncul sebagai juara keseluruhan di temasya Kuala Lumpur 2017 dengan tujuh pingat emas.
Sementara pada pada Sukan SEA Ke-30, Filipina pelayaran merekodkan sumbangan dua pingat perak.
Untuk temasya kali ini, pasukan mensasarkan dua pingat emas untuk disumbangkan kepada negara dari mana-mana tujuh acara yang diambil bahagian.