PASUKAN terjun negara membuka kempen Sukan SEA 2023 dengan memenangi pingat emas 3 meter papan anjal individu wanita di Pusat Akuatik Morodok Techno, di sini sebentar tadi.
Kimberly Bong Qiang Ping memukau juri dan memperoleh 276.30 mata untuk kejuaraan, manakala rakan senegara Ong Ker Ying meraih perak, diikuti oleh Gladies Lariesa dari Indonesia.
Permukaan air agak silau dan ada beberapa terjunan saya tidak meyakinkan kerana silau. Darjah kesukaran saya agak rendah berbanding atlet lain.
“Saya juga ingin berterima kasih jurulatih, Majlis Olimpik Malaysia dan semua. Tidak terkecuali rakan sepasukan juga (atas kejayaan ini),” katanya yang berasal dari Sarawak.
Pencapaian dilakar Kimberly sekali gus mengekalkan pingat emas yang dimenangi Ng Yan Yee pada temasya sama di Vietnam, tahun lepas.
Sementara itu, Kimberly berazam untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Katanya, masih ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki khususnya untuk menghadapi Kejohanan Dunia di Fukuoka, Jepun pada Julai depan.
Esok, akan bersambung dengan giliran penerjun lelaki turun beraksi dalam saingan 3m papan anjal.