BINTANG Argentina Lionel Messi kembali turutn padang menjalani latihan bersama Paris Saint-Germain (PSG) selepas dua minggu berehat.

Kemunculan Messi dikongsikan melalui akaun media sosial Twitter rasmi PSG  selepas pelbagai khabar angin yang berlegar mengenai statusnya bersama kelab.

Pemain berusia 35 tahun itu menjadi tumpuan dengan pelbagai spekulasi termasuk bakal meninggalkan PSG dan kembali bermain di kelab lamanya, Barcelona.

 

Messi sebelum ini digantung selama dua minggu yang menyaksikan dia terlepas aksi perlawanan kelab bertemu Troyes dan Ajaccio baru-baru ini susulan terbang ke Arab Saudi tanpa kebenaran untuk menandatangani kontrak bergelar duta besar untuk negara tersebut.