PEMAIN perseorangan badminton lelaki sensasi negara, Lee Zii Jia menunaikan janjinya untuk makan Nasi Kandar bersama-sama mantan Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam satu perjumpaan pada Rabu.

Reezal yang kini menyandang sebagai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) berkongsi pertemuan bersama Zii Jia serta kakaknya yang juga pengurus Lee Zii Yi,  di laman sosial miliknya pada Rabu,

 

“Menerima kunjungan tetamu istimewa, pemain badminton kegemaran saya datang di pejabat. Hari ini tertunai juga janji kami. Dah lama kami berdua set nak makan nasi kandar sama-sama. Lee Zii Jia datang bersama kakak/pengurus, Lee Zii Yi.

Lama juga kami berborak, lebih-lebih lagi bila buka topik tentang perkembangan semasa dalam bidang Badminton. Bukan senang dapat jumpa Zii Jia ni. He is always training or travelling for tournament, mengharumkan nama negara di setiap pelosok dunia. Demi Malaysia!

“Zii Jia, no matter what happens, I’m always your No 1 fan but I know I’m not the only one. We will always be behind to support you. Best of luck for your upcoming competitions, Zii Jia! Teruskan usaha yang ‘kaw kaw’ untuk Malaysia,” tulis Reezal dalam hantarannya itu.

Lee Zii Jia kini dalam persiapan akhir untuk beraksi dalam Piala Sudirman 2023 yang bakal berlangsung di Suzhou, China dari 14 hingga 18 Mei 2023 dan berharap dapat memberikan gelaran pertama kejohanan ini buat Malaysia.