HADIR ke beberapa venue sukan di Kemboja, Datuk Nicol David tidak terlepas daripada mengenang zaman dirinya bergelar atlet.
Beliau yang dilihat hadir ke beberapa venue termasuk pada aksi perebutan pingat emas badminton berpasukan lelaki pada Khamis dan pada acara final wushu hari ini, Nicol memberitahu “satu perasaan hebat apabila mengenang masa lalu.”
Menurutnya, kehadiran dirinya ke temasya sukan bukan sekadar memberi sokongan kepada atlet negara memburu pingat, malah sebagai persaipan dirinya yang juga Timbalan Ketua Kontinjen (Timbalan CDM) Sukan Olimpik Paris.
“Saya nak tengok perancangan pengurus pasukan, jurulatih kerana kita akan mempersiapkan kontinjen ke Sukan Olimpik,” katanya.
Beliau memberitahu, berdasarkan pemantauan dibuat, atlet negara memiliki banyak potensi di Sukan SEA.
“Saya berbangga apabila melihat atlet kita mermaih pingat, no doubt new generations taking over.”
Selain itu, kehadiran Nicol membuatkan atlet wushu teruja dan tidak melepaskan peluang bergambar dengan juara dunia lapan kali itu.