PELARI 800 meter negara, Savinder Kaur Jogindr Singh meluahkan rasa kesalnya kerana sebahagian peminat melontarkan komen-komen ‘pedas’ dengan mengatakan dia menang gangsa hanya disebabkan taktikal kotor yang dirancangnya dalam acara larian 800 meter yang disertainya dalam temasya Sukan SEA di Hanoi, Vietnam baru-baru ini.
Dia menjelaskan Ia adalah satu permainan taktikal, serta menegaskan pelari Vietnam tersebut jatuh kerana hilang imbangan dan bukannya disebabkan tolakan daripadanya.
Bagi Sarvinder, dia tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk bermain secara kotor bagi memenangi saingan tersebut.
Tambahnya, dia tidak mempunyai apa-apa isu dengan pelari tersebut di luar serta memiliki hubungan yang baik, namun hanya musuh di trek larian.
Dia agak terkesan dengan apa yang berlaku sambil menyifatkan lebih berasa tertelan kerana kata-kata tersebut datang bukan sahaja dari penyokong Vietnam malah rakyat Malaysia sendiri.
Pelari tersebut dikecam setelah memenangi pingat gangsa dalam acara 800 m di Sukan SEA Hanoi 2021 meskipun membutirkan pingat buat negara.