BINTANG Thailand B-22 Jonathan Khemdee menerima sasaran cacian selepas dianggap tidak sopan kerana membuang pingat perak dan anak patung pada majlis penyampaian Sukan SEA 2023.
Perlakuan buruk ini dilakukan Khemdee setelah Thailand dikalahkan Indonesia B-22 dengan skor 2-5 pada final di Stadium Olimpik, Phnom Penh pada Selasa.
Perlawanan antara Indonesia bertemu Thailand adalah sukar. Bukan sahaja berbalas-balas gol, malah turut dibanjiri layangan kad merah. Jonathan Khemdee antara pemain yang dibuang padang pada separuh masa kedua selepas merempuh Rio Fahmi.
Seperti tidak menerima kekalahan kepada Indonesia B-22, Khemdee yang juga berdarah Denmark menunjukkan tingkah laku yang tidak bermaruah.
Semasa penyampaian pingat, Khemdee tidak menunjukkan rasa hormat. Khemdee enggan memakai pingat dan mengambil anak patung itu sendiri.
Tidak terhenti di situ, Khemdee turut membaling anak patung dan pingat ke dalam tempat duduk. Tindakan pemain berusia 21 tahun itu turut dikecam netizen Kemboja.
Disgusting and disrespectful behaviour by one of 🇹🇭Thailand's players after yesterday's loss against Indonesia in the SEA Games final match. Threw his silver medal 🥈 to the fans 😡pic.twitter.com/wJoTEiwyjR
— BabaGol (@BabaGol_) May 17, 2023
“Kalah dan tak nak mengaku kalah. Sebab dia rasa dia paling kuat, terbaik, pernah. Bila kalah, awak tak terima, tapi awak hina orang lain, jangan hormat orang lain dengan buang pingat dan cenderahati,” tulis akaun Admin CN.10 di Facebook.
Catatan tersebut mendapat respons yang kebanyakannya memberikan kritikan pedas kepada pemain kelab Ratchaburi itu.
“Kemungkinan besar akan ditendang keluar daripada pertandingan dan memohon maaf secara terbuka kepada Kemboja. Kerana orang Kemboja bukan orang Thai yang mementingkan diri sendiri.
“Dalam pingat itu terdapat imej Angkor Wat dan bunga kebangsaan. Tetapi atlet ini membuangnya, kemudian menghina bangsa lain.
Footage from @MainstandThai showing 🇹🇭 Jonathan Khemdee throwing his silver medal into the stands following last night’s defeat.
After announcing that last night was going to be his final match for Thailand, he revealed it might be a 2-3 year break instead. #SEAGames2023 pic.twitter.com/zonRLbyHpI
— Thai League Central (@TL_Central) May 17, 2023
“Thailand, tengok ni, perangai wakil pasukan negara? Kalau boleh, lain kali jangan pijak bumi Khmer lagi.
“Watak-watak itu menjijikkan. Kemboja tidak perlu lagi mengeluarkan banyak wang untuk mengadakan acara secara percuma. Cuba melindungi, mempertahankan. Mengapa mereka tidak menghormati kita?”