TEMASYA Sukan SEA 2023 di Kemboja secara rasmi ditutup di Stadium Morodok Techo, Phnom Penh, pada Rabu malam.

Jawatankuasa penganjur mempersembahkan tarikan tarian mempertahankan diri khas Kemboja, Kun Bokator. Tarian itu dihadiri sekitar 500 penari yang tampil bertenaga di tengah padang.

Sejumlah penyanyi dan tarian kolosal, ribuan penghibur turut memeriahkan majlis penutup yang penuh gilang gemilang.

Upacara penutupan Sukan SEA 2023 di Stadium Morodok Techo berdepan sedikit kesukaran yang dialami oleh para penari dan sukarelawan. Namun, mereka tetap cuba tampil sebaik mungkin tidak kira keadaan berlumpur di atas padang.

Keadaan berlumpur itu berlaku akibat hujan lebat yang melanda ibu kota Kemboja tengah hari sehingga malam.

Bagaimanapun, mereka terus menari mengikut gerak-geri dan penonton menikmati persembahan itu.

Obor kejohanan kemudiannya dipadamkan dan bendera Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) dan Sukan Sea Ke-32 diturunkan, sebelum diserahkan kepada tuan rumah Sukan Sea Ke-33 iaitu Thailand.

Sebagai tanda Sukan SEA akan berpindah dari Kemboja ke Thailand, semasa penutupan, bendera Thailand dikibarkan dan tarian kebudayaan dari negara Gajah Putih turut dipertontonkan.

Thailand akan menjadi tuan rumah Sukan Sea buat kali ketujuh dari 9 hingga 20 November 2025 , dengan kemungkinan 43 jenis sukan akan dipertandingkan kelak.

Kontinjen Malaysia menduduki tempat ketujuh dalam kedudukan akhir Sukan SEA 2023. Atlet kita meraih 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa.

Vietnam berada di tempat pertama dengan 136 emas, 105 perak dan 114 gangsa. Thailand menjadi naib juara menerusi rekod 108 emas, 96 perak dan 108 gangsa.