PASUKAN badminton negara iaitu pasangan beregu campuran, Chan Peng Soon-Toh Ee Wei dan perseorangan lelaki, Soong Joo Ven bermula dengan baik pada Kejohanan Korea Masters 2022 hari ini, bagi melayakkan diri ke pusingan kedua di Gwangju, Korea Selatan.
Turut melepasi halangan adalah Goh Jin Wei yang menang ke atas pemain Thailand, Phittayaporn Chaiwan 21-12 19-21 21-11 pada perlawanan yang baru berakhir sebentar tadi.
Pada kejohanan berlangsung di Stadium Universiti Gwangju, Korea Selatan, pasangan pilihan kelapan kejohanan Peng Soon- Ee Wei, tidak berhadapan masalah untuk melepasi pusingan pertama dengan mengalahkan rakan senegara, Soong Joo Ven- Goh Jin Wei, 21-11, 22-20.
Joo Ven pula tidak berdepan masalah menjinakkan pemain Singapura, Jason Teh 21-8 21-18.
Sementara itu beberapa pemain negara lain akan memulakan cabaran masing-masing pada pusingan 32 pada Rabu.
RESULTS: #KoreaMasters2022
R32#MAS🇲🇾 Chan Peng Soon-Toh Ee Wei(8) def. #MAS🇲🇾 Soong Joo Ven-Goh Jin Wei 21-11 22-20#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/ZDk8D1Y0Rq
— BAM (@BA_Malaysia) April 12, 2022
Bermula pasangan beregu lelaki, Azriyn Ayub-Lim Khim Wah akan bertemu pemain tuan rumah, Gwan Min Na-Jin Seong Noh, manakala beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai akan berhadapan Wang Chan-Jung Kyung Eun manakala Choong Hon Jian-Yap Cheng Weh bertemu pemain China, Ou Xuan Yi-Huang Ya Qiong.
Pemain perseorangan lelaki, Cheam June Wei akan berdepan Jeon Hyeok Jin dari Korea Selatan sementara Tan Kiang Meng-Tan Wee Kiong akan bertemu pilihan ketiga Indonesia, Pramudya Kusumawardana- Yeremia Erich Yotje Yacob Rambitan.