AKSI licik seorang remaja lelaki bermain bola, Muhammad Aqil Mohd Shamsul Aswadi dari Terengganu menarik perhatian ramai peminat bola sepak yang sekaligus kini menjadi milik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Melalui perkongsian di laman media sosial Johor Southern Tigers,  Aqil yang baharu berusia 13 tahun kini sah bersama kelab JDT selepas kelab itu menandatanganinya pada Khamis.

Aqil akan menyertai Akademi JDT yang merupakan satu-satunya akademi kelab bola sepak professional sepenuh masa selain daripada menawarkan latihan bola sepak, pendidikan dan juga penginapan.

Siapa sangka, bakat yang dimiliki oleh Aqil rupanya menurun daripada bapanya sendiri yang juga merupakan pemain legenda bola sepak Terengganu iaitu Sham Ieyla.

 

Turut bersama hadir menandatangani kontrak ialah ibu dan bapa Aqil.