PENGERUSI Sukan Lawn Bowls Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (Maksak) Pulau Pinang, Datuk Azhar Arshad selesai melakukan pelepasan peserta kontinjen negeri itu ke Kejohanan Lawn Bowls Maksak Malaysia.
Kejohanan tersebut akan berlangsung pada 18 hingga 22 Mei ini yang bertempat di Kompleks Sukan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Menurut perkongsian di laman Facebook rasmi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), kontinjen yang akan menyertai kejohanan terdiri daripada 16 orang pegawai dan pemain yang diketuai oleh Zanzuri Hashim selaku pengurus pasukan serta Abdul Rahman Shariff selaku jurulatih.
Pemain disertai dari pelbagai agensi kerajaan melibatkan MBSP seramai empat orang, Universiti Sains Malaysia (USM) seramai lima orang, dan selebihnya daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Politeknik Seberang Perai, Jabatan Kehakiman Syariah, UiTM serta Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).
Maksak menerusi laman rasmi Facebooknya juga berkongsi sesi taklimat pengurus mengenai Lawn Bowls yang diadakan sebelum perlawanan dimulakan.