KERJA-KERJA membaiki dan penyelenggara lampu limpah Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin telah pun bermula sejak Isnin.

Venue yang menjadi gelanggang rasmi Terengganu FC musim ini bakal memberi nafas baharu kepada para penonton dan pemain pasukan tersebut dengan pencahayaan yang lebih jelas.

Malah, Terengganu sedia menjadi tuan rumah untuk dua aksi persahabatan antarabangsa melibatkan skuad Harimau Malaya yang diadakan di stadium berkenaan pada 14 dan 20 Jun depan.

“Semoga kerja-kerja ini berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan sepenuhnya mengikut jadual yang telah ditetapkan,” kata kenyataan Bahagian Infrastruktur Dan Kemudahan, Majlis Sukan Negeri Terengganu di Facebook.

 

Stadium ini pada asalnya boleh memuatkan kapasiti asal 50,000 penonton,  adalah yang terbesar di pantai timur Semenanjung Malaysia.