DATUK Lim Teong Kim tidak miliki masa yang panjang membimbing Perak FC musim ini apabila disahkan tiada lagi bersama pasukan Liga Super itu berkuatkuasa serta-merta.

Tindakan itu susulan aksi kurang memuaskan yang dipersembahan oleh The Bos Gaurus sepanjang berada dibawah kendalian Teong Kim.

“Yusri Che Lah akan mengambil tugas sebagai ketua jurulatih sementara untuk masa terdekat.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Datuk Lim atas sumbangannya dan mendoakan yang terbaik untuk karier beliau pada masa hadapan,” kata kenyataan rasmi Perak FC pada Khamis.

Teong Kim menjadi jurulatih ketiga yang disingkirkan dalam Liga Super musim ini selepas Choi Moon-sik (Kelantan) dan Tomas Trucha (Kelantan United).