MANCHESTER United kembali ke Liga Juara-Juara selepas menewaskan Chelsea 4-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Old Trafford pada awal pagi Jumaat.

Kemenangan United bermula apabila perlawanan baru berjalan selama enam minit menerusi jaringan Casemiro.
Tuan rumah berjaya menggandakan kedudukan menerusi jaringan Anthony Martial pada minit ke-50.

Pada minit ke-73, United menerusi kaki Bruno Fernandes berjaya melebarkan lagi jurang gol sebelum berjaya menutup gol kemenangan menentang Chelsea menerusi jaringan Marcus Rashford pada minit ke-78.

Bagaimanapun, pada minit ke-89, Chelsea berjaya mendapat gol sagu hati menerusi jaringan Joao Felix.

Malang menimpa Antony yang kelihatan menangis teresak-esak selepas kecederaan yang menimpanya ketika menentang Chelsea.

Pemain sayap Manchester United itu terpaksa diusung dan digantikan oleh Marcus Rashford pada pertengahan separuh masa pertama perlawanan.

Antony menerima terjahan kasar pertahanan Chelsea, Trevoh Chalobah. Tiada sebarang hukuman diberikan oleh pengadil, tetapi pemain United segera mengeluarkan bola di luar permainan supaya Antony boleh menerima rawatan.