EMPAT perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia B-20 2023 berlangsung pada Jumaat. Dalam Kumpulan F, Perancis akur tewas kepada Gambia dengan jaringan 2-1.
Dalam perlawanan itu, Gambia berjaya mendahului pada minit ke-13 menerusi jaringan sendiri oleh pemain Perancis Tanguy Zoukrou.
Kemudian Perancis membalas menerusi jaringan Wilson Odobert pada minit ke-61. Bagaimanapun, Gambia memastikan kemenangan 2-1 menerusi jaringan Main Sanyang pada minit ke-68.
Keputusan ini merupakan kekalahan kedua yang dialami Perancis selepas sebelum ini tumbang 1-2 kepada Korea Selatan.
2023 FIFA U20 World Cup
All Results | Matchday 2
FT: Uruguay U20 🇺🇾 2:3 🏴 England U20
FT: Iraq U20 🇮🇶 0:3 🇹🇳 Tunisia U20
Group F
FT: France U20 🇫🇷 1:2 🇬🇲 Gambia U20
FT: South Korea U20 🇰🇷 2:2 🇭🇳 Honduras U20
———#U20WC #argentina2023 pic.twitter.com/RrgN0JtvGX— ASEAN Football News (@theafndotcom) May 25, 2023
Sementara itu, dalam perlawanan lain dalam Kumpulan F, Korea Selatan terikat 2-2 dengan Honduras.
Dalam perlawanan ini Honduras berjaya mendahului dua gol terlebih dahulu iaitu pada minit ke-22 menerusi jaringan penalti David Ruiz dan pada minit ke-51 menerusi jaringan Isaac Castillo.
Kemudian Korea Selatan membalas dua gol menerusi Kim Yong Hak pada minit ke-58 dan Park Seung Ho pada minit ke-62.
Sementara itu, dalam perlawanan lain dalam Kumpulan E, England berjaya menewaskan Uruguay 3-2 dengan cara yang dramatik untuk layak ke Pusingan 16. Dalam perlawanan ini England mendahului pada minit ke-22 menerusi jaringan Humphreys dan gol Devine pada minit ke-45+4.
The standings after today's results 📈#U20WC
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) May 25, 2023
Kemudian Uruguay cuba mengurangkan jurang kepada 1-2 menerusi jaringan Gonzales pada minit ke-49.
England terus melebarkan kelebihan kepada 3-1 menerusi jaringan Gyabi pada minit ke-90 + ke-5.
Bagaimanapun, Uruguay masih mampu mengurangkan defisit kepada 2-3 menerusi jaringan Baldo pada minit ke-90 + 9.
Manakala pada perlawanan lain, Iraq terpaksa menelan kekalahan pahit tumpas 0-3 kepada Tunisia.