DATUK Azizulhasni Awang raih emas berganda di Kejohanan Kelas Satu Piala Trek Antarabangsa Hong Kong, apabila menjuarai acara pecut dan keirin dalam tempoh satu hari.

Datuk Azizulhasni Awang menang emas acara pecut dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom menang gangsa./Pix FB Datuk Azizulhasni Awang

Azizulhasni turut memenangi emas acara keirin, selepas 13 jam memenangi acara pecut./Pix FB Datuk Azizulhasni Awang

Melengkapkan hari gemilang skuad berbasikal trek negara, apabila Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menang emas pecut wanita manakala Amber Yong memenangi pingat emas kategori keirin remaja wanita dalam aksi di Veledrom Hong Kong.

Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menang emas acara pecut wanita./Pix FB Majlis Sukan Negara

The Pocket Rocketman meraih emas pertama menerusi acara pecut apabila berjaya menewaskan pelumba Taiwan, Kang Shih Feng pada final, manakala Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraih gangsa selepas mengatasi pelumba Korea Selatan, Kang Seojun pada perlumbaan penentuan tempat ketiga dan keempat.

Nurul Izzah Izzati pula menggunguli acara pecut elit wanita apabila memenangi perlumbaan akhir dengan pelumba Korea Selatan, Park Jihae.

Sementara Amber menang emas kerin remaja wanita dengan menewaskan pesaing dari Singapura, Valencia Tan.