SEBANYAK 12 pasukan telah mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia B-20 2023 yang sedang berlangsung di Argentina.
Empat pasukan terbaharu yang berjaya mengunci tiket ke pusingan 16 adalah Itali, New Zealand, Brazil dan Israel.
Itali layak ke pusingan seterusnya sebagai naib juara Kumpulan D dengan enam mata. Keputusan ini diperolehi selepas berjaya menewaskan Dominica dengan jaringan besar 3-0.
Sementara itu, kedudukan teratas dalam Kumpulan D milik Brazil, yang lebih unggul dengan perbezaan gol daripada Itali. Sebelum ini, Brazil berjaya menewaskan Nigeria 2-0 pada hari ketiga perlawanan.
2023 FIFA U20 World Cup
All Results | Matchday 3
Group C
FT: Colombia U20 🇨🇴 1:1 🇸🇳 Senegal U20
FT: Japan U20 🇯🇵 1:2 🇮🇱 Israel U20
Group D
FT: Brazil U20 🇧🇷 2:0 🇳🇬 Nigeria U20
FT: Dominican Republic U20 🇩🇴 0:3 🇮🇹 Italy U20
———#U20WC #argentina2023 pic.twitter.com/Kae7NyiqZh— ASEAN Football News (@theafndotcom) May 28, 2023
Israel menjadi antara pasukan kejutan yang berjaya melakar tempat ke pusingan 16 selepas menewaskan Jepun dengan jaringan 2-1.
Kemenangan 2-1 ke atas Jepun memastikan Israel layak ke pusingan 16 terakhir dengan status naib juara Kumpulan C dengan kutipan empat mata. Colombia berada di tangga teratas dengan tujuh mata.
New Zealand juga telah disahkan layak ke pusingan 16 melalui laluan terbaik tempat ketiga. New Zealand menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan A di belakang Argentina dan Uzbekistan.
Bagaimanapun, New Zealand juga telah disahkan layak kerana masih belum dipintas pasukan lain yang bersaing untuk empat tiket terakhir ke pusingan 16 menerusi tempat ketiga terbaik.
Pasukan layak ke Pusingan 16
1. Argentina
2. Amerika Syarikat
3. Colombia
4. Nigeria
5. England
6. Gambia
7. Uzbekistan
8. Ecuador
9. Itali
10. New Zealand
11. Brazil
12. Israel