AMERIKA Syarikat (AS) layak ke suku akhir buat kali keempat berturut-turut di Piala Dunia B-20 dengan mengunci kemenangan sensasi 4-0 ke atas New Zealand untuk mengekalkan rekod sempurna mereka pada kejohanan edisi 2023 di Argentina.
The Yanks mendahului 1-0 pada minit ke-14 apabila pemain tengah Austin FC, Owen Wolff menyambar bola dari jarak jauh, menewaskan penjaga gol New Zealand, Kees Sims dan kedudukan kekal hingga ke bilik persalinan.
Bersambung babak kedua, AS terus menekan lawan dan hasilnya penyerang San Jose Earthquakes, Cade Cowell merembat bola menggunakan kaki kiri untuk gol m-61 manakala pemain pertahanan FC Dallas, Justin Che mengukuhkan gol ketiga AS m-75 hasil serangan balas.
Bekas pemain tengah akademi Sporting Kansas City, Rokas Pukštas menanduk masuk gol m-82 sekali gus meranapkan menamatkan perjuangan New Zealand kempen kali ini.
Pasukan kendalian Mikey Varas yang mengungguli Kumpulan B dan masih belum bolos pada Pusingan 16, akan menentang Uruguay atau Gambia pada Ahad di suku akhir. Lawan yang akan ditentukan itu akan diketahui pada awal pagi Jumaat waktu Malaysia.
“Saya rasa seperti (kita) nyatakan sebelum ini, berada di Piala Dunia sudah cukup motivasi.
“Anda mendapat peluang untuk mewakili negara anda. Ia adalah satu penghormatan besar, dan merupakan tanggungjawab besar kami melakukan segala yang kami mampu untuk memastikan kami membuat semua orang pulang ke tanah air dengan kebanggaan,” kata Varas kepada pemberita selepas perlawanan dipetik USA Today.
Jadual Perlawanan Pusingan 16 Waktu Malaysia
Khamis
Brazil lwn Tunisia (1.30 pagi)
Colombia lwn Slovakia (1.30 pagi)
Argentina lwn Nigeria (05.00 pagi)
Itali lwn England (05.00 pagi)
Jumaat
Gambia lwn Uruguay (1.30 pagi)
Ecuador lwn Korea Selatan (05.00 pagi)