FOTO : MFL

KELANTAN United FC (KUFC)  akhirnya menemui rentak kemenangan pertama musim ini apabila berjaya menewaskan Kelantan FC 4-1, dalam aksi penutup pusingan pertama Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, sebentar tadi.

Perlawanan itu dihentikan pada m-37 susulan faktor cuaca dan disambung semula pada jam 11 malam selepas satu jam setengah ditunda.

Tiga gol terhasil pada babak pertama, dengan KUFC menghasilkan dua gol menerusi Devid Silva m-22 dan OJ Porteria menggandakan kelebihan  dengan gol ketiga peribadinya musim ini empat minit berselang.

The Red Warriors cuba merapatkan jurang hasil jaringan penalti Ismaheel Akinade sebelum tamat separuh masa pertama.

OJ Porteria terus menceriakan penyokong Kijang Hijau melepaskan satu rembatan voli dari luar kotak penalti untuk gol ketiga KUFC m-61 manakala giliran Syazwan Zainon mencatat nama sebagai penjaring m-66.

Kemenangan ini melonjakkan KUFC yang dipimpin Nazrulerwan Makmor ke tangga ke-12 Liga Super dengan enam mata. Manakala Kelantan pula menghuni kedudukan paling corot liga dengan empat mata.