JUARA Eropah enam kali, Bayern Munich tersingkir dalam kejohanan Liga Juara-Juara apabila kalah kepada pasukan bukan pilihan, Villarreal dengan agregat 2-1 pagi Rabu.
Robert Lewandowski memberikan harapan buat penyokong tuan rumah selepas menjaringkan gol pada minit ke-52 dan menguasai permainan, namun gagal menambah gol tambahan.
Sebaliknya, pemain gantian Villarreal Samuel Chukwueze menyamakan kedudukan pada penghujung permainan.
Villarreal akan menentang Liverpool atau Benfica di separuh akhir dalam satu lagi perlawanan suku akhir kedua yang berlangsung di Anfield awal pagi Khamis.
Sementara itu, Real Madrid menafikan hajat juara bertahan, Chelsea apabila menang 5-4 secara agregat di Santiago Bernabeu pula menyaksikan Mason Mount, Antonio Rudiger dan Timo Werner meletakkan The Blues di ambang kemenangan namun Rodrygo mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Karim Benzema yang meledak hatrik di Stamford Bridge, muncul wira untuk menanduk masuk ke gawang pelawat. Walaupun kalah, 2-3 ia sudah cukup untuk membawa Real ke separuh akhir.
Real akan menentang sama ada Manchester City atau Atletico Madrid dalam kelompok empat terakhir selepas ini.