PERLAWANAN akhir Piala Dunia B-20 2023 mempertemukan Uruguay menentang Itali. Uruguay berjaya menyingkirkan Israel, manakala Itali menewaskan Korea Selatan di separuh akhir awal pagi tadi.

Gol tunggal Uruguay di Stadium Unico Diego Armando Maradona, La Plata, dijaringkan oleh Anderson Duarte pada minit ke-61.

Sementara itu, pada perlawanan separuh akhir yang lain, Itali berjaya menundukkan Korea Selatan 2-1. Beraksi di Stadium Unico Diego Armando Maradona, Itali menang hasil dua gol yang dijaringkan Cesare Casadei pada minit ke-14 dan Simone Pafundi pada minit ke-86.

Jaringan tunggal Korea Selatan dijaringkan oleh Lee Seung Won pada minit ke-23.

Saingan akhir Piala Dunia B-20 2023 akan berlangsung di Stadium Unico Diego Armando Maradona pada awal pagi Isnin.