BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan rentak positif apabila mara ke separuh akhir Terbuka Singapura pada Jumaat.
Penyandang juara dunia itu menumbangkan juara bertahan Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dari Indonesia 18-21, 21-16, 22-20 pada aksi suku akhir yang berlangsung selama 78 minit di Stadium Tertutup Singapura.
Kemenangan itu amat manis buat gandingan yang menghuni ranking nombor empat dunia, kerana ia berlaku hanya dua minggu selepas mereka dikalahkan oleh lawan sama di Malaysia Masters.
Singapore Open 2023
MD – QF
🇲🇾Aaron CHIA🏅
18 21 22 🇲🇾SOH Wooi Yik🏅
🇮🇩Leo Rolly CARNANDO
21 16 20 🇮🇩Daniel MARTHIN🕚 in 78 minutes
— BWFScore (@BWFScore) June 9, 2023
“Walaupun kami menang, ia bukan persembahan yang hebat. Dalam set ketiga, kami mendahului enam mata, tetapi ia mengambil masa sehingga deuce sebelum kami boleh memenangi perlawanan itu,” kata Aaron.
Menanti Aaron-Wooi Yik di peringkat separuh esok adalah beregu nombor tiga dunia Liang Wei Keng-Wang Chang dari China.
RESULTS: #SingaporeOpen2023
QF#MAS🇲🇾 Aaron Chia-Soh Wooi Yik(3) def. #INA🇮🇩 Leo Carnando-Daniel Marthin 18-21 21-16 22-20
📷 @badmintonphoto #GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/qfi0Kpj5wT
— BAM (@BA_Malaysia) June 9, 2023
Wei Keng-Wang Chang telah menggondol dua gelaran Jelajah Dunia daripada tiga penampilan terakhir tahun ini. Wei Keng-Wang Chang menewaskan Aaron-Wooi Yik di Terbuka India pada Januari sebelum memenangi Terbuka Thailand minggu lalu.
Rakyat Malaysia berharap Aaron-Wooi Yik meneruskan usaha memburu gelaran sulung Jelajah Dunia. Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari adalah pasangan Malaysia terakhir mara ke separuh akhir Terbuka Singapura dan memenangi kejohanan itu.