PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengambil kesempatan meluangkan masa makan tengahari secara santai bersama pengurusan tertinggi Terengganu FC (TFC) dan wakil pihak Malaysian Football League (MFL) di Warung Santai D’River dekat Kuala Berang, di sini pada Rabu.
Sesi santai makan tengahari ini bertujuan untuk kedua-dua pihak saling mengenali dengan lebih dekat serta mengeratkan lagi hubungan demi pembangunan bola sepak negara.
Hamidin berada di Terengganu untuk menyaksikan aksi persahabatan Tier 1 skuad Harimau Malaya bertemu Kepulauan Solomon di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini.