PERBEZAAN antara pemain amatur dan profesional menjadi petunjuk kekalahan besar 4-1 Kepulauan Solomon kepada Malaysia pada aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Rabu.

Kekalahan itu juga menamatkan rekod cemerlang Bonitos enam perlawanan Solomon dalam tujuh penampilan semua pertandingan.

“Perbezaan itu dapat dilihat pada malam ini. Banyak perkara yang harus dilakukan bagi menaikkan mutu bola sepak negara kami.

“Dalam pasukan kami hanya ada seorang pemain profesional berbanding Malaysia pula adalah pemain profesional.

“Saya masih yakini skuad Solomon tetap cerah masa depan kerana ramai pemain berbakat. Tapi, masih ada banyak perkara kena dibuat bagi meningkatkan tahap bola sepak negara kami,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Sementara itu, pengendali asal Sepanyol yang membimbing Solomon sejak 2017 seronok melihat atmosfera luar biasa di stadium khusus dipamerkan penyokong Harimau Malaya yang hadir menyorak dan memberi kata-kata semangat kepada pasukan tuan rumah.

“Ada pemain saya gugup sebelum perlawanan bermula disebabkan semangat oleh penyokong. Ada pemain saya tak pernah alami atmosfera sehebat seperti ini,” katanya.