BEKAS pemain beregu legenda negara Tan Boon Heong menyokong keputusa pemain perseorangan tanah air Lee Zii Jia untuk berehat seketika.

Boon Heong,35, yang juga merupakan bekas pemain No.1 dunia acara beregu berpendapat bahawa boleh berehat tetapi jangan terlalu lama.

“Saya rasa, ada bagusnya jika dia ingin berehat sementara memandangkan tiada konfiden dan pencapaian Zii Jia pada tahun ini juga tidak memberangsangkan.

“Tetapi saya rasa dia tak boleh rehat terlalu lama kerana nanti ada Kejohanan Dunia dan Olimpik. Mungkin dia perlu rehat untuk dua atau tiga perlawanan sahaja seterusnya fokus pada kejohanan.

Tan Boon Heong 

“Sebagai top-player, Zii Jia seharusnya mampu untuk mengatasi tekanan yang dihadapinya ketika ini,” jelasnya ketika pelancaran 3vs3 Totalenergies x Li-Ning Cup 2023.

Sementara itu, Boon Heong berkongsi perlawanan badminton 3vs3 adalah kali pertama dibuka kepada orang awam memandangkan sebelum ini hanya dipraktikkan kepada pasukan kebangsaan.

“3vs3 adalah biasa bagi pasukan kebangsaan kerana setiap hujung minggu kita akan buat latihan dan saya merasa teruja apabila sekarang dibuka kepada orang awam untuk menyertainya.

“Mungkin mereka belum faham peraturan-peraturan 3vs3 macamana tetapi mungkin sewaktu perlawanan akan ada pihak yang akan menjelaskan bagaimana strategi untuk bermain,” katanya.