AKSI persahabatan Tier 1 pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bertemu Papua New Guinea adalah penutup rangkaian FIFA Matchday Jun 2023. Kini, skuad Harimau Malaya memerlukan lawan yang tepat untuk menghadapi kelayakan Piala Dunia 2026.
Malaysia bermain dua perlawanan pada Hari Perlawanan FIFA Jun 2023. Negara benua Ocenia, Kepulauan Soloman dan Papua New Guiena adalah dua lawan yang telah ditemui di laman sendiri. Hasilnya, dua kemenangan sensasi berjaya diraih oleh pasukan Kim Pan-gon.
Berdepan dengan Solomon dengan ranking dunia 134, Malaysia menang 4-1 manakala ketika berdepan Kapuls, kem negara berpesta jaringan 10-0. Berdasarkan pengiraan kedudukan bola sepak, Malaysia mendapat tambahan 9.45 mata.
Kini, untuk terus memperbaiki kedudukan, pasukan negara perlu mengadakan sesi ‘temujanji’ dengan berlawan pasukan gagah sekurang-kurangnya peringkat Asia.
Kemenangan demi kemenangan yang digapai setidak-tidaknya boleh mematang pemain kita dalam mengharungi saingan lebih getir dan jadual padat yang bakal menanti skuad Harimau Malaya pada baki separuh tahun ini.
Ia termasuklah skuad B-23 negara pimpinan E Elavarasan yang turut bakal turun ke gelanggang pada September depan bagi aksi Kelayakan Piala Asia B-23 2024 bermula 6 hingga 12 September 2023.
Manakala, Pan-gon akan mempersiapkan skuad terbaik menjelang Hari Perlawanan FIFA September 2023 yang akan berlangsung dari 4 hingga 12 September 2023.
🗓 INTERNATIONAL FRIENDLY MATCH
Sep | China 🇨🇳 🆚 🇲🇾 Malaysia
Malaysia National Team will play 2 away matches on FIFA Day in September. China is their first confirmed opponent .
Another rival of Malaysia in September is being negotiated is Chinese Taipei.#FAM pic.twitter.com/USg0Zkr2ve
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) June 24, 2023
Terdapat dua perlawanan FIFA Matchday yang boleh dimainkan oleh Malaysia merujuk kepada kalendar antarabangsa FIFA. Terdapat tiga bulan lagi untuk Persatuan Bola Sepak (FAM) mengatur perlawanan bermula memilih lawan sehingga memilih padang.
FAM juga perlu meneroka komunikasi dengan bakal lawan secepat mungkin sebelum dipancing oleh pasukan lain. Berdepan dengan rakan sepasukan Asia adalah pilihan bijak sebagai satu bentuk persiapan untuk kelayakan Piala Dunia 2026 pada 12 dan 17 Oktober 2023.
Apa yang jelas, langkah yang ditetapkan oleh Pan-gon bersama FAM pada Hari Perlawanan FIFA September 2023 mesti diunjurkan ke arah kelayakan ke Piala Dunia 2026. Ini kerana, harapan rakyat Malaysia mahu melihat langkah Pak Belang pergi sejauh mungkin di pentas dunia.
Selain bercakap mengenai kelayakan Piala Dunia, pemilihan lawan bagi pasukan Asia pastinya akan bersilang dengan persiapan menghadapi Piala Asia 2023 yang akan berlangsung pada awal 2024. Pemilihan pasukan yang mempunyai ciri serupa dengan China, Indonesia dan Taiwan boleh menjadi pilihan agar kita mempunyai visi dan persiapan yang panjang untuk ke sana.